Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Stigma halus dan kekangan sistem terus menjadi cabaran utama individu autisme dalam dunia pekerjaan. Pengasas Autism Cafe Project, Mohd Adli Yahya berkongsi bagaimana pendekatan melatih mereka sebagai usahawan kecil membuka peluang lebih inklusif dan realistik.
Transcript
00:00Stigma halus dan kekangan sistem terus menjadi antara cabaran utama yang dihadapi individu autism, khususnya apabila melangkah ke dunia pekerjaan.
00:09Pengasas Autism Cafe Project, Muhammad Adli Yahya berkata, masih wujud persepsi negatif dalam kalangan masyarakat yang menganggap individu autism sebagai
00:17tidak berkemampuan dan menjadi beban.
00:21Menurut beliau, situasi itu menyukarkan mereka untuk kekal bekerja dalam tempoh panjang dengan kemayakan hanya mampu bertahan antara 2 hingga
00:293 bulan sebelum diperhentikan.
00:32Selalunya orang pandang rendah budak-budak autism, dia kata dia tak pandai dan nak ambil jadi beban.
00:43My solution is this, kalau katalah dulu kami latih budak-budak kami untuk bekerja, so bila dah pandai kami release,
00:52dia bekerja kat mana-mana.
00:53Tapi kebanyakan dalam kerja dalam 3 bulan, kena buang, bahasa kasar lah kena buang.
01:01So saya ni dah ubah saya punya jalan bisnes model kami, kami tak latih dia jadi pekerja, kami latih dia
01:11jadi usaha.
01:12Usahawan, simple usahawan.
01:15Melalui pendekatan itu, mereka dilatih menjadi usahawan kecil yang boleh menjana pendapatan mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.
01:22Melalui Autism Cafe Project, mereka dilatih menghasilkan produk makanan mudah seperti curry pub, kek cawan dan biskut sebelum diberi pilihan
01:30untuk bekerja di kafe atau dari rumah dalam persekitaran yang lebih selesa.
01:35Adli berkata pendekatan tersebut bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah membolehkan mereka menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit.
01:43Dalam pada itu, beliau berpandangan inisiatif latihan sedia ada perlu diperluas agar lebih inklusif, termasuk memberi perhatian kepada individu Autism
01:51berfungsi rendah yang sering terpinggir.
01:53Saya rasakan yang government buat sekarang itu bagus, ada training apa-apa itu. Tapi saya rasakan, mungkin saya silap lah,
02:03saya minta maaf lah.
02:04Struktur itu mesti menyeluruh sebab yang program sekarang yang saya nampak, dia fokus pada yang high function Autism.
02:12Tapi what about yang low function? So kita kena menyeluruh, pelaksanaan itu mesti menyeluruh. Saya rasa macam itulah.
02:19Perkongsian beliau di awan pagi itu membuka perspektif bahawa cabaran sebenar individu Autism bukan sahaja terletak pada keadaan mereka, tetapi
02:27juga pada sistem dan masyarakat yang masih belum sepenuhnya bersedia untuk menerima dan menyokong mereka secara inklusif.
Comments

Recommended