Skip to playerSkip to main content
Krisis Asia Barat ketika ini tidak menjejaskan perjalanan ibadah haji musim 1447H/2026M dengan semua persiapan bagi jemaah Malaysia berjalan lancar hasil kerjasama erat antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak berkuasa Arab Saudi, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, jaminan tersebut diperoleh hasil pertemuan rasmi bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi serta beberapa pihak berkaitan ketika lawatan kerja beliau ke Tanah Suci baru-baru ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774264/berita/nasional/krisis-asia-barat-tidak-jejas-ibadah-haji

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisAsiaBarat #ibadahhaji #tabunghaji #jemaahhaji2026

Category

🗞
News
Transcript
00:00Alhamdulillah, jadi saya ingin mengumumkan pada malam ini
00:04setelah pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
00:08Alhamdulillah, tahun ini haji seperti yang dijadualkan
00:13Alhamdulillah
00:14Jadi Alhamdulillah tuan-tuan, kerajaan Arab Saudi sangat positif
00:19dan semua sedang melakukan persediaan sebaiknya
00:22dan saya sempat melakukan lawatan ke tempat-tempat, ke hotel-hotel, ke maktab-maktab
00:28dan juga ke tempat-tempat yang akan didiami oleh tuan-tuan dan perempuan
00:34Alhamdulillah, saya pernah menunaikan haji pada 2022
00:37saya rasa cemburu lah kerana kemudahan dan juga yang disediakan itu adalah lebih baik
00:45dan sangat-sangat pada saya sangat-sangat selesa, Alhamdulillah
00:50Bahkan tuan-tuan dan perempuan, di antara perkara yang saya rasa yang dah lama saya nak tengok
00:55dan ini berlaku iaitu di Arafah
00:58di Arafah sebelum ini, tandas hanya ada 100 lebih sahaja
01:03tapi kali ini tuan-tuan, tandas ada lebih 600 lebih
01:07yang digandakan oleh tabung haji kita
01:11itu memang, saya rasa terima kasih kepada tabung haji
01:15yang nampak kecil, tetapi sebenarnya inilah perkara yang sangat-sangat mendesak
01:21terutama wanita, sebab dia menggunakan lebih lama sedikit daripada lelaki
01:26baik, jadi banyak lagi penambahan, penambahbaikan yang dilakukan oleh tabung haji
01:33dan tuan-tuan, tahun ini juga tabung haji melakukan satu inisiatif yang sangat-sangat baik
01:40dan saya kongsikan dengan Menteri Haji, Dr. Taufik
01:43iaitu kita melancarkan Green Haji
01:47ataupun haji hijau
01:49iaitu kita haji yang akan
01:52menwentingkan alam sekitar
01:54jadi kepada tuan-tuan, setiap tahun
01:57biasanya jemaah haji akan
02:00meninggalkan kain ihram mereka
02:02lebih 16 tahun
02:04kain ihram ditinggalkan
02:06jadi kali ini
02:08kita membuat kempen
02:09kain ihram itu dipulangkan
02:11kita akan sediakan kotak-kotak dan tong-tong nanti
02:14nanti kita akan recycle
02:16dan kita boleh gunakan
02:17dan boleh kita
02:19recycle untuk kebaikan yang lain
02:22dan juga
02:22kita ingin teruskan program
02:24kebersihan
02:25kerana
02:26jemaah haji Malaysia ini terkenal
02:29setelah kita meninggalkan Arafah
02:31setelah kita meninggalkan
02:32kawasan-kawasan semuanya bersih
02:34luar biasa
02:35itu menunjukkan jemaah kita adalah jemaah yang terbaik
02:38dan Alhamdulillah tuan-tuan
02:40ini diakui oleh ramai
02:42saya merasa berbangga
02:44kerana dalam meeting itu
02:45saya mungkin di antara yang paling popular Menterinya
02:49Alhamdulillah
02:50bukan kerana saya
02:51tetapi kerana Malaysia
02:53semuanya menjadi
02:55rujukan
02:56oleh luar negara
02:58selamat menikmati
02:59selamat menikmati
03:00selamat menikmati
03:03selamat menikmati
Comments

Recommended