Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Titik akhir perang di Asia Barat, seperti tiada hala tuju.
Transcript
00:00Setelah peran yang agak menarik, Yasmin, dunia didominasi bukan lagi dengan senjata, tapi perang ekonomi, kaedah geografi.
00:07Seberkara lagi, jika kita lihat garis masa timeline, lebih sebulan sejak tercetusnya perperangan ini,
00:13Presiden Donald Trump sudah banyak kali membuat putusan dilihat yang tidak konsisten dan yang terbaru,
00:18berkenaan dengan jalan perdamaian, keluar daripada konflik ini.
00:21Seolah-olah Trump mahu keluar dari negara konflik yang dia sendiri cetuskan.
00:25Bagaimana negara sekutu Amerika Syarikat dalam kalangan negara Arab apabila mereka ditinggalkan oleh Trump?
00:33Ya, Luqman, ini bukan sahaja mengenai keselamatan sekutu Amerika, tetapi bilakah ia bakal berakhir?
00:42Apa yang boleh dikatakan, titik akhir perang seperti menjadi tiada hala tuju.
00:46Ini sedikit perincian yang dapat dikongsikan.
00:50Titik penting berlaku pada 1 April 2026 apabila Trump mendakwa bahawa Iran telah meminta genjatan senjata
00:58dan meletakkan syarat agar selat hormus dibuka sepenuhnya.
01:02Namun, dakwaan itu segera dinafikan Tehran.
01:06Iran menegaskan bahawa tiada sebarang permintaan genjatan senjata dibuat dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak berasas.
01:14Memasuki awal April, Trump terus menyatakan bahawa misi hampir selesai dan merundingan sedang berlangsung.
01:22Namun, pada masa yang sama, ansyaman terhadap infrastruktur kritikal Iran masih diteruskan.
01:29Keadaan ini memperlihatkan pola yang berulang antara dawaan, kemenangan dan retorik eskalasi.
01:36Media antarabangsa mula menyorot pendekatan ini sebagai tidak konsisten dan sukar diramalkan.
01:42Di pihak Iran pula, pendirian kekal tegas menolak sebarang dawaan rundingan
01:48dan menegaskan komitmen untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.
01:53Secara keseluhurannya, konflik ini memperlihatkan pertembungan dua naratif berbeza.
01:58Di satu pihak, Amerika Syarikat menggambarkan bahawa perang hampir mencapai kemenangan.
02:04Manakala Iran secara konsisten menafikan dawaan tersebut dan menegaskan perjuangan masih berterusan.
02:11Keadaan ini menjadikan konflik Amerika Syarikat-Iran berada dalam fasa tidak menentu
02:17dengan risiko perang semakin meningkat serta hala tuju penyelesaian yang belum jelas.
Comments

Recommended