00:00Bangladesh telah mula memendekkan waktu pejabat dan menguatkuasakan penutupan awal pusat beli-belah serta kedai
00:06bagi menangani krisis tenaga susulan konflik di Asia Barat.
00:11Langkah penjimatan tersebut dilaksanakan mulai Jumaat lalu.
00:16Kabinet negara itu mengarahkan pengurangan perbelanjaan sebanyak 30% untuk bahan api dan tenaga di pejabat kerajaan.
00:22Selain itu, menggantung beberapa latihan kaki tangan serta menghentikan pembelian kenderaan, kapal serta pesawat baharu.
00:31Bangladesh turut tidak membenarkan lampu hiasan bagi sebarang sambutan.
Comments