Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Azari Miskon berkata lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun itu, ditahan kira-kira jam 11.30 malam semalam di Jalan Padawan dan merampas 272.02 gram (g) serbuk disyaki campuran ekstasi serta 2.78g ketamine.
Transcript
00:00Polis Sibu menahan seorang lelaki warga asing dan merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM164,000 dalam satu operasi bersepadu di
00:09sekitar bandar itu pada Sabtu.
00:11Ketua Polis Daerah Sibu ACP Azari Miskun pada ahad berkata, lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun itu ditahan jam 11
00:21.30 malam di Jalan Padawan.
00:25Susulan penahanan, polis turut merampas 272.02 gram serbuk disyaki campuran ekstasi serta 2.78 gram ketamin.
00:36Suspek kemudian membawa pihak polis ke sebuah rumah di lorong Qunang dan sebanyak 1,089.79 gram ketamin, 4,509
00:46.65 gram serbuk disyaki ekstasi, 278.51 gram pil Ermin 5 sebanyak 890 biji dan 140 mm cecair disyaki ekstasi
00:58ditemui.
00:59Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM164,695.
01:07Azari berkata suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
01:12Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit
01:22kesalahan.
01:22Beliau berkata seramai 212 individu diperiksa di beberapa kawasan tumpuan termasuk pusat hiburan dan premis perniagaan
01:31dengan enam lelaki tempatan didapati positif dadah jenis metamphetamine, ketamin dan amphetamine.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended