00:00Selanjutnya, Menteri Perpaduan Negara, Dato' Aaron Agur Dagang, menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara hubungan antara agama dengan penuh hormat
00:08dan kasih sayang demi memastikan keharmonian negara kekar terpelihara.
00:14Menerusi hantaran di Facebook, sempena sambutan Easter, beliau menarik perhatian bahawa Malaysia dibina atas asas kepelbagaian.
00:22Justru keamanan dan perpaduan perlu sentiasa menjadi teras dalam kehidupan berbangsa di negara kita.
00:27Katanya negara yang aman dan damai mempunyai keupayaan untuk bersaing serta memberi sumbangan pada peringkat global.
00:35Aaron berkata kekuatan Malaysia lahir daripada rakyat yang bersatu padu, saling menghormati serta bekerjasama demi masa depan yang lebih gemilang.
00:45Di hantaran itu juga, beliau berharap keajaiban Easter membawa harapan baru dan kegembiraan buat semua.
Comments