Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Menurut Perdana Menteri, projek tersebut berperanan penting bagi menampung keperluan tenaga mahir dan pembangunan ekosistem industri di kawasan berkenaan.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta bagi meneruskan pembangunan kolej vocational di Pengerang, Johor.
00:07Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu perlu disiapkan sebelum tahun 2030
00:13selaras dengan usaha kerajaan memperkasa Pengerang sebagai hub industri strategik negara.
00:20Menurut Perdana Menteri, projek tersebut penting bagi menampung keperluan tenaga mahir dan pembangunan ekosistem industri di kawasan berkenaan.
00:30Hari ini kalau kita ada buat keputusan walaupun keadaan ekonomi yang saya akan jelaskan tidak mudah sekarang
00:35tetapi oleh kerana kawasan ini kawasan strategik bagi perkembangan industri minyak dan gas
00:44kita tetap banyak di kawasan kita yang ada di Pengerang, Sarawak yang jauh lebih besar dan Sabah.
00:55Oleh itu, pada hari ini saya dalam meluncurkan, meluluskan projek yang bernilai RM100 juta untuk koalisi ini.
01:09Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Peluncuran Kolej Vocational Pengerang
01:13SMK Tanjung Pengelih di SMK Tanjung Pengelih Pengerang, Johor pada Ahad.
01:18Tambah beliau, latihan TVET perlu diperhebat bagi memastikan negara mempunyai tenaga mahir tempatan yang mencukupi
01:24khususnya dalam bidang kimpalan, kejuruteraan dan teknologi berkaitan oil and gas.
01:30Jelas Anwar, langkah itu juga dijangka membuka lebih banyak peluang kepada anak muda
01:34untuk menceburi bidang baharu seperti teknologi maklumat dan digital.
01:39Kolej Vocational Pengerang itu melibatkan dua fasa merangkumi pembinaan bangunan baharu,
01:44ubah suai naik taraf, perolehan perabot serta peralatan.
01:49Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended