Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menurut Ibrahim, keanggotaan sekretariat itu akan terdiri daripada mereka yang benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan bagi membela kepentingan rakyat.
Transcript
00:00Satu sekretariat bakal diwujudkan bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat susulan kenaikan harga diesel di
00:10negara ini.
00:11Presiden Parti Putra, Dato' Ibrahim Ali berkata, sekretariat yang dinamakan Sekretariat Rakyat Bertindak Menangani Kos Sara Hidup itu
00:20akan menghimpunkan pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO serta individu yang komited untuk memperjuangkan isu berkenaan.
00:32Menurut Ibrahim, keanggotaan sekretariat itu akan terdiri daripada mereka yang benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan bagi membela kepentingan rakyat.
00:41Dan saya sendiri akan mengendalikan sekretariat ini. Maknanya saya akan mengetuai. Don't worry. Anything happen, saya bertanggungjawab.
00:49Saya bukan pemimpin retorik. Saya bukan hantuah dahan jebat. Pakai baju pahlawan. Ada keris di pinggang. Tapi keris tak pernah
01:01dicabut pun.
01:02So now, kita mesti melakukan tindakan yang betul-betul praktikal.
01:08Beliau berkata demikian pada sidang media selepas simpunan bantah harga minyak yang berlangsung di hadapan kompleks Sogo di Kuala Lumpur
01:15pada Ahad.
01:16Beliau menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai langkah awal untuk menyuarakan kebimbangan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.
01:24Kenaikan harga bahan api keteki ini akibat ketegangan di Asia Barat khususnya konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran
01:31yang tercetus sejak 28 Februari lalu.
01:34Mengulas lanjut, Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sekiranya gagal membantu rakyat dalam menangani kesan
01:43perang di Asia Barat.
Comments

Recommended