Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Tedros turut menyokong amaran dikeluarkan IAEA dan menggesa semua pihak supaya segera menghentikan serangan bagi mengelakkan bencana radiasi yang tidak diingini.
Transcript
00:00Ketua Pengarah Pertubuhan Kesehatan Sedunia WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, bimbang terhadap keselamatan fasiliti nuklear di Iran.
00:09Ia susulan laporan serangan ketenderaan Amerika Syarikat dan Israel berhampiran loji kuasa nuklear Bushair.
00:18Menerusi hantaran DX, Tedros memberi amaran sebarang serangan ke atas kemudahan nuklear berpotensi mencetuskan kemalangan yang membawa kesan kesihatan jangka
00:27panjang serta ancaman terhadap generasi akan datang.
00:31Kenyataan itu dibuat selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA melaporkan satu projek tail telah jatuh berhampiran loji berkenaan mengakibatkan seorang
00:40kaki tangan maut akibat dihempap serpihan runtuhan.
00:45Logi Bushair merupakan satu-satunya loji kuasa nuklear yang beroperasi di Iran dan terletak di bandar Bushair yang dihuni kira
00:52-kira 250,000 penduduk.
00:54Tedros turut menyokong amaran dikeluarkan IAEA dan menggesa semua pihak supaya segera menghentikan serangan bagi mengelakkan bencana radiasi yang tidak
01:03diingini.
01:04Setakat ini pihak berkuasa Iran dilaporkan sedang memantau tahap radiasi di sekitar loji bagi memastikan tiada kebocoran berlaku.
Comments

Recommended