Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata Indonesia berduka atas kehilangan anggota Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, yang gugur dalam menjalankan tugas melaksanakan misi mulia di Lubnan.
Transcript
00:00Presiden Indonesia mengutuk serangan yang membunuh tiga askar terbaik Indonesia semasa menjalankan tugas mereka sebagai pasukan pengaman dengan pasukan interim
00:10Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di Lubnan atau Unifil.
00:15Prabowo Subianto berkata Indonesia berduka atas kehilangan kesemua anggota yang gugur dalam menjalankan tugas melaksanakan misi mulia di Lubnan.
00:26Menerusi catatan di Instagram, Prabowo berkata negara akan sentiasa mengangkat jasa pahlawan, menjunjung maruah prajurit Republiknya dan memastikan pengorbanan mereka
00:36tidak dilupakan.
00:37Beliau turut mengajak rakyat meneruskan semangat dan keazaman untuk menjaga keamanan dan tidak memberi ruang kepada sesiapa yang ingin memecah
00:44belahkan perpaduan dan keharmonian negara.
00:47Terdahulu, jenazah tiga anggota Tentera Nasional Indonesia yang terkorban tiba di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada lima setengah
00:56petang waktu tempatan pada Sabtu.
00:58Jenazah kemudian diterbangkan ke kampung halaman mereka di Cimahi, Magelang dan Kulon-Prago dengan pesawat tentera selepas upacara ketenteraan diadakan
01:06untuk penghormatan terakhir.
01:08Mereka yang terkorban adalah Kapten Infantri Zulmi Aditya Iskandar, Sarjan Mohamad Nur Ikwan dan Prajurit 1 Farizal Ramadan.
01:17Farizal maut akibat tembakan artileri berhampiran kedudukan kontingen Unifil Indonesia di Selatan Lubnan pada 29 Mac.
01:25Manakala sehari kemudian, Zulmi dan Mohamad Nur Ikwan terkorban apabila konvoy tentera yang mereka iringi diserang.
Comments

Recommended