Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi di pondok keselamatan di taman perumahan terbabit, perselisihan faham berlaku selepas suspek ditegur oleh mangsa ketika sedang minum bersama rakan-rakannya semasa menjalankan rondaan keselamatan.
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mengakibatkan kematian seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan besi pengunci kereta di sekitar Taman Perumahan
00:11di Bandar Bukit Raja Kelang pagi ahad.
00:13Ketua Polis Daerah Kelang Utara S. Vijaya Rau dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira satu pagi di pondok keselamatan
00:20di Taman Perumahan Terbabit.
00:24Kata Vijaya, perselisihan faham berlaku selepas suspek ditegur mangsa ketika sedang minum bersama rakan-rakannya semasa menjalankan rondaan keselamatan.
00:33Mangsa lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang cedera akibat serangan fizikal dikejarkan ke Hospital Sya'alam.
00:41Dia disahkan meninggal dunia pada 4.18 pagi dipercayai akibat diserang menggunakan objek tumpul.
00:48Bertindak atas maklumat, sepasukan polis berjaya mengesan dan menangkap suspek serta merampas sebatang besi pengunci kereta yang dipercayai digunakan dalam
00:58kes itu.
01:00Semakan terhadap suspek warga tempatan berumur 40 tahun itu mendapati dia mempunyai 8 rekod jenayah lampau serta 2 rekod berkaitan
01:08dadah.
01:09Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Comments

Recommended