Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Berikutan terdapat projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaporkan terbengkalai di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, kontraktor yang dilantik diingatkan supaya lebih kompeten, telus serta mematuhi spesifikasi ditetapkan.
Transcript
00:00Berikutan terdapat projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya SMJ yang dilaporkan terbengkalai di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri DUN di
00:08negeri itu,
00:09kontraktor yang dilantik diingatkan supaya lebih kompeten, telus serta mematuhi spesifikasi ditetapkan.
00:15Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
00:21sebarang kelemahan dalam pelaksanaan bukan sahaja memberi kesan kepada penerima, malah turut mencalarkan imej kerajaan negeri.
00:30Nizam berkata kontraktor tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan menyerahkan kerja kepada pihak lain sehingga menjejaskan kos serta kualiti pembinaan.
00:40Menurutnya ketidaktelusan dan kelemahan pengurusan boleh menimbulkan implikasi negatif kepada penerima bantuan,
00:46selain menghakis keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan membantu golongan sasar di peringkat akar umbi.
00:52Kita berharap agar kontraktor-kontraktor yang telah dilantik untuk membina rumah SMJ ini
00:59supaya dapat melaksanakan ru pembinaan rumah ini dengan baik dan mengikut jadual yang telah ditetapkan
01:08serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kementerian.
01:13Kita tidak mahu apabila kontraktor telah dilantik menjadi pelaksanaan atau pembinaan rumah ini,
01:21mereka mengalibabakan ataupun menyerahkan kepada orang lain.
01:26Mengulas lanjut, Nizam berkata sebanyak 100 unit rumah mesra SMJ berjaya disiapkan
01:31di kawasan Dunapas sepanjang tempoh 2022 hingga 2025.
01:37Beliau berkata di seluruh Sabah, inisiatif itu telah memberi manfaat kepada lebih 7,000 penerima
01:42dalam kategori ikasih dan miskin tegar setakat ini.
01:47Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan rumah mesra SMJ
01:51kawasan Dewan Endangan Negeri Apas di Kampung Batu Payung Membalua dan Tinagat Tawau pada Ahad.
Comments

Recommended