Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
IRGC dakwa tembak jatuh pesawat C-130 AS di Isfahan ketika misi SAR, beberapa aset ketenteraan lain turut dilapor musnah.
Transcript
00:00Kor Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa menembak jatuh sebuah pesawat Amerika Syarikat C-130 di Selatan Isfahan pada Ahad.
00:09Menurut Pusat Maklumat Penguatkuasaan Undang-Undang, operasi dilaksanakan oleh unit khas pasukan polis Iran.
00:16Difahamkan pesawat berkenaan dipercayai menceroboh ruang udara Iran dalam misi operasi mencari dan menyelamat SAR bagi seorang kru pesawat F
00:25-15E Strike Eagle yang ditembak jatuh pada Jumaat.
00:30Bagaimanapun pihak IRGC tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk masa sebenar dan kaedah operasi dijalankan.
00:37Rakaman yang disiakan PressTV pula menunjukkan bangkai pesawat dipercayai jenis C-130 dalam keadaan hangus selepas terhempas di kawasan tanah
00:48lapang.
00:48Menurut laporan media Iran, percubaan tentera Amerika untuk menjelamatkan kru terbabit didakwa mengakibatkan beberapa aset ketenteraan Amerika musnah.
01:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended