Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Keluarga Soleimani nafi ditahan di Amerika Syarikat dan masih berada di Iran serta aktif menolak hegemoni AS.
Transcript
00:00Keluarga bekas General Tentera Iran, Qasim Soleimani menolak dawaan mereka telah ditahan di Amerika Syarikat.
00:07Dalam satu kenyataan yang disiarkan media Iran pada Sabtu, anak perempuan Soleimani, Zainab berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara
00:15Amerika adalah palsu.
00:19Tegasnya, individu ditahan tidak dikaitan dengan keluarga bekas General itu.
00:23Menerusi hantaran di Telegram miliknya, Zainab berkata pihak Amerika menggunakan taktik yang lemah dengan menyebarkan pembohongan terhadap Soleimani bagi mengalihkan
00:33perhatian daripada kekalahan di Iran.
00:36Manakala seorang lagi anak Soleimani, Narjes, menegaskan tiada ahli keluarga terdekat Soleimani yang pernah tinggal di Amerika.
00:43Soleimani mempunyai lima anak yang masih menetap di Iran iaitu Zainab, Narjes, Fatimeh, Muhammad Reza dan Hussein yang aktif dalam
00:52advokasi menolak hegemoni Amerika.
00:54Terdahulu setiausaha negara Amerika Syarikat, Marco Rubio mengumumkan bahawa dua ahli keluarga Soleimani ditahan selepas permit pemastautin mereka dibatalkan.
01:04Rubio mendakwa penahanan itu melibatkan anak saudara dan cucu saudara perempuan Soleimani.
Comments

Recommended