Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Pasukan khas Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan kru kedua daripada pesawat pejuang F‑15E Strike Eagle yang ditembak jatuh di ruang udara Iran, awal pagi Ahad waktu tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lagi kru pesawat pejuang F-15E Strike Eagle yang berlindung di Iran selepas pesawatnya ditembak jatuh, ditemui dan diselamatkan.
00:09Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata ia hasil operasi mencari dan menyelamat SAR yang dilakukan oleh pasukan tenteranya.
00:19Trump melalui hantaran di platform True Social pada Ahad berkata tentera Amerika telah melaksanakan operasi SAR paling berani dalam sejarahnya
00:27untuk seorang kru yang juga seorang kolonel.
00:30Beliau turut menyatakan perasaan gembira apabila operasi tersebut berjaya dilakukan tanpa mengorbankan mana-mana anggota tentera Amerika.
00:37Terdahulu, seorang pegawai tentera Amerika memaklumkan kepada agensi berita Al Jazeera bahawa kru tersebut berjaya ditemui namun operasi menyelamat masih
00:47belum selesai sepenuhnya.
00:49Menurutnya, pasukan penyelamat Amerika kini masih berusaha melakukan proses pengunduran dari negara itu di tengah-tengah pertempuran yang berterusan.
00:57Pada Sabtu, Angkatan Bersenjata Iran menyatakan kejayaan yang menjatuhkan pesawat tersebut yang memasuki ruang udaranya.
01:04Kejadian tersebut menyebabkan dua kru pesawat melepaskan diri dari pesawat namun hanya seorang dapat diselamatkan oleh tentera Amerika pada hari
01:12kejadian.
01:13Pihak berkuasa Iran sebelum ini turut melancarkan usaha mencari kru terbabit dan dilaporkan meminta bantuan orang awam termasuk menawarkan ganjaran
01:21kepada sesiapa yang dapat menemuinya.
Comments

Recommended