Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Iran mengecualikan Iraq daripada sekatan pelayaran di Selat Hormuz, yang kekal dikenakan ke atas AS, Israel dan sekutunya. Langkah itu memberi kesan besar kepada perdagangan minyak global dan meningkatkan kebimbangan ekonomi antarabangsa.
Transcript
00:00Irak akan dikecualikan daripada sekatan ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz.
00:06Memetik laporan Anadolu Agensi, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam Al-Anbiya Iran, Ibrahim Zolfakuri,
00:13Irak dikecualikan daripada sekatan yang dilaksanakan Iran di Selat Hormuz.
00:18Beliau berkata, sekatan itu akan terus terpakai untuk kapal daripada Amerika Syarikat, Israel dan negara yang menyokong mereka.
00:27Ibrahim berkata, perkembangan itu memberi peluang untuk menamatkan kehadiran tentera Amerika di Irak.
00:34Dua Mac lalu, Iran mengumumkan sekatan pelayaran melalui Selat Hormuz memberi amaran ia boleh menyasarkan mana-mana kapal
00:41yang cuba melintasi laluan air itu tanpa penyelarasan terlebih dahulu.
00:45Sebelum sekatan, 20 juta tong minyak melalui Selat itu setiap hari.
00:50Langkah berkenaan telah meningkatkan kos perkapalan dan insurans, menaikkan harga minyak dan mencetuskan kebimbangan berhubung ekonomi global.
01:00Amerika Syarikat bergabung dengan Israel melancarkan serangan udara pada 28 Februari terhadap Iran,
01:07membunuh lebih 1,340 orang setakat ini termasuk pemimpin tertinggi Iran ketika itu, Ali Khamini.
01:13Iran telah bertindak balas dengan serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Irak dan negara-negara teluk
01:23yang menempatkan aset ketenteraan Amerika.
01:26Konflik itu menyebabkan kerosakan pada infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended