Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
JBPM melaksanakan langkah penjimatan bahan api dengan mengehadkan pergerakan kenderaan tidak kritikal dan mengoptimumkan operasi, susulan isu bekalan serta kenaikan kos bahan api tanpa menjejaskan kesiapsiagaan kecemasan.
Transcript
00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM mengambil beberapa langkah penjimatan termasuk menghadkan pergerakan kenderaan tidak kritikal susulan isu bekalan dan
00:11kenaikan kos bahan api ketika ini.
00:13Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nur Hisham Mohamad, pendekatan itu diambil bagi memastikan penggunaan diesel dan petrol dapat dioptimumkan
00:22tanpa menjejaskan kesiapsiagaan operasi.
00:26Beliau berkata semua pengarah negeri turut diarahkan menyusun semula program Jabatan Termasuk Aktiviti Pendidikan Awam supaya dapat dilaksanakan dengan lebih
00:35efisien dan meminimumkan penggunaan kenderaan.
00:39Jelasnya, bagi kenderaan operasi bomba, tidak ada kompromi jika ada panggilan kecemasan, anggota tetap bergerak seperti biasa.
00:47Namun bagi kenderaan utiliti dan aktiviti tidak kritikal, pihaknya akan menghadkan pergerakan.
00:53Selain itu, pihaknya akan mengambil pendekatan pelaksanaan penjimatan bahan api termasuk mengadakan mesyuarat secara dalam talian sahaja bagi mengurangkan keperluan
01:02perjalanan pegawai dan anggota kelukasi mesyuarat.
01:06Beliau ditemui selepas majlis perasmian penutupan Konvensyen Pasukan Bomba, Sukarela, PBS dan Kempen Keselamatan dan Kesedaran Awam JBPM Pulau Pinang
01:15oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeo di pekarangan Stadium Batukawan malam tadi.
01:19Nur Hisham berkata pihaknya mengakui terdapat pandangan daripada PBS tentang implikasi kos bahan api terhadap operasi harian dan perkara itu
01:29akan dibincangkan secara berkala sebelum diangkat kepada kerajaan bagi pertimbangan lanjut termasuk aspek keperluan tambahan dan mekanisme sokongan.
Comments

Recommended