00:00Iran melaksanakan hukuman mati terhadap dua lelaki yang disabit sebagai anggota kumpulan pembangkang yang diharamkan, People's Mojahidin Organization of Iran
00:10atau PMOI.
00:12Mahkamah agung negara itu mengekalkan hukuman terdahulu yang mengesabitkan atas keanggotaan dalam PMOI serta pemberontakan bersenjata melalui penglibatan dalam pelbagai
00:23tindakan keganasan.
00:25Mereka yang dihukum mati dikenali sebagai Abul Hassan Montanzer dan Wahid Bania Merian.
00:32Empat lagi anggota kumpulan itu yang disabitkan kesalahan telah dihukum mati pada 30 dan 31 Mac.
00:38Menurut maklumat di laman web PMOI, mereka ialah Mohamad Tagavi, Akbar Dhanesh Varkar, Baba Alipur dan Poya Gobadi.
00:47Kesemua enam lelaki itu ditahan dan disabitkan oleh Mahkamah Revolusi pada akhir 2024.
00:52Memetik laporan Al-Jazira PMOI pada awalnya menyokong Revolusi Islam 1979 yang menjatuhkan monarki Iran.
01:01Namun pada 1980-an, kumpulan itu berselisih dengan kepimpinan baharu di Teheran dan kemudian dilabel sebagai Organisasi Pengganas.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments