Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kerajaan Sabah menghargai langkah kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi bahan api termasuk diesel yang dilihat dapat membantu meringankan beban rakyat di negeri ini.
Transcript
00:00Kerajaan Sabah menghargai langkah Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi bahan api termasuk diesel yang dilihat dapat membantu meringankan beban rakyat di
00:10negeri ini.
00:11Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
00:18subsidi itu amat penting memandangkan majoriti periduk Sabah bergantung kepada penggunaan diesel dalam kehidupan harian.
00:25Itu sudah adalah satu perkara yang kita amat hargai kerana ramai penduduk-penduduk di Sabah ini bergantung kepada minyak diesel.
00:36Oleh kerana bentuk muka bumi di Sabah ini adalah bergantung kepada kenderaan-kenderaan yang menggunakan diesel.
00:46Oleh hari yang demikian, saya amat berterima kasih dan kita juga sebagai rakyat yang ada di Sabah harus memberi berterima
00:58kasih kepada kerajaan yang ada pada hari ini
01:01yang masih lagi berusaha untuk membantu kita ataupun mempastikan kehidupan kita ini berjalan dalam keadaan yang baik.
01:10Sementara itu, beliau berkata faktor geografi Sabah menyebabkan penggunaan diesel menjadi keperluan utama
01:16terutama bagi penduduk luar bandar untuk pergerakan harian dan aktiviti ekonomi.
01:21Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Festival Ramadhan Raya Sabah 2026 di Dewan Masyarakat Tawau pada Jumaat.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended