00:00Kerajaan memberi jaminan harga barangan tidak akan dinaikkan selagi bekalan makanan impor dan tempatan masih mencukupi.
00:07Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhammad Sabu berkata,
00:11setakat ini bekalan makanan negara berada pada tahap yang stabil dan tidak berdepan sebarang masalah.
00:20Muhammad berkata kestabilan harga barangan bergantung kepada stok setiap ada dalam simpanan negara dan situasi itu boleh berubah
00:28jika bekalan semasa habis serta perlu digantikan dengan stok baru yang berkemungkinan diperolehi pada harga berbeza.
00:36Menurutnya, kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk tempoh yang panjang kerana sebarang perubahan harga mungkin berlaku apabila penggunaan stok baru
00:45diperlukan.
00:47Muhammad berkata demikian selepas menyempurnakan program sentuhan agro madani di Dewan Datuk Demang Husin Bukit Katil pada Sabtu.
00:55Beliau memaklumkan situasi semasa masih terkawal dan kerajaan sentiasa bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk semasa tempoh krisis.
01:06Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memanggil pihak berkaitan pada bila-bila masa bagi perbincangan serta mengeluarkan arahan
01:14terkini jika perlu.
01:15Selain itu, agensi berkaitan termasuk lembaga pertubuhan peladang akan terus menyalurkan maklumat kepada petani berhubung sebarang perubahan dasar atau situasi
01:26semasa.
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments