00:00Lebih 200 orang termasuk aktivis dan wakil badan bukan kerajaan NGO seperti Demi Negara dan Himpunan Bangsa Johor hadir ke
00:10Himpunan Rakyat Bebas Bersuara yang berlangsung di hadapan bangunan Kementerian Komunikasi Putrajaya pada Sabtu.
00:17Perhimpunan tersebut turut menyaksikan aktivis dan ahli perniagaan Albert T bersama aktivis Rafidah Ibrahim tampil menyuarakan bantahan terhadap sekatan kebebasan
00:27bersuara serta tindakan yang didakwa mengekang akses akaun media sosial rakyat.
00:34Albert T menegaskan rakyat tidak wajar diperlakukan seperti penjenayah hanya kerana mengkritik atau mengulas salah laku pihak berkuasa.
00:42Jangan sekat suara kami. Jangan sekat kebebasan media. Kami bukan penjenayah. Kamu sekat itu sindiket judi ke, sindiket seks ke
00:50itu memang patut. Tapi kami hanya mengulas berhubung kegagalan dia. Kami mengupas kesalahan, salah laku mereka. Jangan sekat kita. Kita
01:01adalah rakyat Malaysia. Yang termaktub dalam perlembagaan, rakyat adalah bebas bersuara.
01:06Dalam peri itu, Rafidah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang didakwa menyekat akaun media sosial miliknya.
01:14Rakyat bebas bersuara. Tetapi hari ini bila mereka menjadi kerajaan, suara kami disekat. Apa yang berlaku kepada saya bukan sahaja
01:22Facebook saya dihilangkan.
01:23Tetapi akaun TikTok saya telah pun dihantar ke luar negara. Maksudnya luar negara je boleh tengok. Video-video saya di
01:29Malaysia dah tak boleh tengok.
01:30Rafidah turut mengingatkan bahawa kerajaan hari ini pernah menegaskan keperluan memindah akta Seksyen 233 dan akta hasutan ketika menjadi pembangkang
01:40namun kini didakwa menyekat suara rakyat.
01:43Dalam masa yang sama, Mit Ria Mutu Ramalingam menegaskan kehadiran mereka pada perhimpunan itu adalah hasil didikan dan pengalaman masa
01:50lalu selain dilakukan secara beradab dan aman.
01:53Anda kena ingat satu, kami turun hari ini, ini cara diajar oleh mereka. Dulu mereka ajar. Mereka ajar kami macam
02:02mana turun. Sekarang hari ini kami turun tapi kami turun dengan adab.
02:06Kami ada budi bahasa, kami tahu. Bukan macam dulu mereka terbalikkan kereta polis, kami tak akan buat macam itu. Kami
02:12rakyat yang ada adab, kami boleh fikir.
02:15Dan ini taktik yang mereka ajar kami, kami sedang guna. So jangan marah pada kami.
02:19Kesemua aktivis itu menegaskan himpunan tersebut adalah mesej jelas bahawa rakyat Malaysia berhak bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Comments