00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan peruntukan belanjawan pertahanan tertinggi dalam sejarah negara itu yang berjumlah 1.5 triliun dolar
00:09Amerika bagi tahun fiskal 2027.
00:12Trump turut menyeru kepada pengurangan mendadak terhadap perbelanjaan domestik dapat dijalankan demi mendapatkan peruntukan tertinggi sebagaimana dicadangkan itu.
00:23Antara lain cadangan tersebut terkandung dalam lembaran fakta belanjawan yang dikeluarkan oleh White House menjadang pementangan belanjawan tahunan pentadbiran berkenaan.
00:31Pelan itu merangkumi sebanyak 1.15 triliun dolar Amerika dalam perbelanjaan pertahanan budi bicara selain tambahan 350 bilion dolar Amerika
00:39daripada sumber mandatori menjadikan jumlah keseluruhan belanjawan pertahanan kepada 1.5 triliun dolar Amerika.
00:46Selain itu, pentadbiran Trump turut mencadangkan pengurangan kira-kira 10% dalam perbelanjaan budi bicara bukan pertahanan bersamaan $73 bilion
00:54dolar selari dengan usaha berterusan beliau untuk mengurangkan program domestik sambil meningkatkan perbelanjaan ketenteraan.
01:01Cadangan peningkatan perbelanjaan pertahanan itu dikemukakan ketika pentadbiran AS berdepan tekanan politik yang semakin meningkat susuran konflik berterusan dengan Iran.
01:09Kongres AS dijangka tidak meluluskan sepenuhnya cadangan pengurangan perbelanjaan domestik berkenaan,
01:14namun ia dijangka menjadi asas perbahasan fiskal di Capitol Hill.
01:19Selain itu, ia juga berfungsi sebagai petunjuk utama terhadap keutamaan perbelanjaan pertabiran menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November.
Comments