Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Petronas menekankan penggunaan tenaga berhemat, teknologi AI dan pengurusan kewangan berdisiplin sebagai langkah penting menghadapi krisis tenaga global, susulan kadar penggunaan tenaga per kapita Malaysia yang tinggi.
Transcript
00:00Penggunaan tenaga secara lebih berhemat mengoptimumkan kos operasi melalui teknologi kecerdasan buatan AI dan pengurusan kewangan yang teliti adalah teras
00:11utama yang perlu diamalkan dalam mendepani cabaran krisis tenaga global yang semakin meruncing.
00:17Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Mamad Taufik Tengku Aziz, langkah strategik itu penting bagi
00:26membina lapisan insulasi negara dalam menghadapi senario global yang tidak menentu.
00:33Beliau berkata prinsip efisiensi is the first fuel iaitu penjimatan melalui penggunaan yang cukup bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk
00:41menambah ketersediaan bekalan perlu diterapkan dalam budaya harian masyarakat dan operasi perniagaan.
00:46Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program bicara naratif khas mendepani cabaran krisis tenaga global terbitan radio televisyen Malaysia
00:54RTM malam Jumaat.
00:55Jelasnya lagi antara langkah yang boleh diambil bagi menangani situasi semasa termasuk mengamalkan penggunaan tenaga yang lebih berhemat, menggalakkan perkongsian
01:04pengangkutan selain menyarankan pengurusan kewangan yang lebih bertanggungjawab dan mengelakkan penambahan beban kewangan yang tidak perlu.
01:10Beliau berkata Malaysia mencatatkan kadar penggunaan tenaga perkapital yang lebih tinggi berbanding negara serantau lain seperti Thailand, Indonesia, India dan
01:19Filipina.
Comments

Recommended