Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Presiden Persatuan Islam Milwaukee ditahan pihak imigresen AS atas dakwaan isu imigresen dan keselamatan, mencetuskan kritikan kumpulan hak asasi yang mendakwa tindakan itu menyasar aktivisme pro-Palestin dan kebebasan bersuara.
Transcript
00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa.
00:03Presiden Persatuan Islam Milwaukee, Salah Sasur, yang merupakan rakyat Amerika berketerunan Palestine,
00:10ditahan oleh pihak imigresen Amerika Syarikat, ICE pada 30 Mac lalu.
00:15Salah, 53 tahun, merupakan pemastautin tetap sah di Amerika dan sudah tinggal di negara itu lebih 30 tahun.
00:23Menurut pihak masjid, Salah ditahan tanpa sebab yang jelas oleh lebih 10 pegawai ICE ketika sedang memandu.
00:32Beliau kemudian dibawa ke pusat tahanan di Chicago sebelum dipindahkan ke Indiana.
00:37Pihak masjid berkata dokumen pengisiran terhadap salah merujuk kepada penahanannya oleh pihak berkuasa Israel
00:42ketika beliau masih remaja dengan dawaan beliau menyokong kumpulan ekstremis.
00:46Namun, wakil masjid menafikan dawaan bahawa beliau menyokong Hamas.
00:50Salah juga pernah disabitkan kesalahan di Mahkamah Tentera Israel ketika remaja.
00:54Bagaimanapun, kumpulan hak asasi mendakwa sistem mahkamah di Tebing Barat mempunyai kadar sabitan yang sangat tinggi
01:00dan dikaitkan dengan pengakuan paksa.
01:03Pihak masjid mendakwa salah menjadi sasaran kerana latar belakangnya sebagai Palestine dan Muslim
01:08serta kerana beliau lantang memperjuangkan hak rakyat Palestine.
01:12Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika mengisahkan penahanan itu
01:15dan mendakwa salah memberi maklumat tidak benar dalam borang imigresen
01:18serta disyaki membiayai organisasi pengganas.
01:21Dalam masa sama, pentadbiran Presiden Donald Trump dilihat memperketat dasar imigresen
01:25yang dikritik oleh kumpulan hak asasi sebagai melanggar hak kebebasan bersuara dan proses keadilan.
01:31Pentadbiran itu juga dilakukan mengambil tindakan terhadap suara pro-Palestin
01:34termasuk cubaan mengusir penunjuk perasaan,
01:37mengancam dana universiti dan memantau komen dalam talian pendatang.
01:41Namun, beberapa tindakan ini telah dicabar di Mahkamah.
01:45Terima kasih.
01:45Terima kasih.
Comments

Recommended