Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Wakil komuniti sukan Iran mengecam serangan ke atas kemudahan awam di Kompleks Sukan Azadi, Tehran, yang memusnahkan stadium dan infrastruktur sukan, serta menyifatkannya melanggar undang-undang antarabangsa.
Transcript
00:00Wakil komuniti sukan Iran mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel yang menyerang kemudahan awam di negara itu dan menyifatkannya sebagai
00:10pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa.
00:13Kenyataan itu dibuat dalam sidang media di kompleks sukan Azadi yang mengalami kerusakan teruk akibat serangan pada 5 Mac.
00:20Sebuah stadium berkapasiti 12,000 tempat duduk yang lazimnya digunakan untuk pelawanan bola tanpa telah musnah.
00:28Menurut agensi berita Tasnim, Asrama dan bangunan baru persekutuan berbasikal Iran, kolam renang utama serta sebahagian kemudahan persekutuan mendayung turut
00:39musnah dalam serangan tersebut.
00:41Wakil itu menegaskan bahawa aktiviti sukan adalah bersifat awam sepenuhnya dan tidak boleh dianggap sebagai sasaran ketenteraan.
00:49Beliau berkata, serangan ke atas kemudahan sukan perlu dihentikan serta-merta dan pelindungan kawasan awam adalah tanggungjawab di bawah undang
00:59-undang antarabangsa.
01:00Sementara itu, beberapa letupan dilaporkan berlaku di Timur Laut Tehran sekitar jam 4 petang.
01:06Bunyi jet, pejuang dan siren serangan udara turut kedengaran.
Comments

Recommended