Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Sebanyak lapan buah rumah musnah dalam kebakaran besar di Kedai Buloh, Kota Bharu pada Jumaat malam, yang turut disusuli letupan hampir 30 tong gas memasak. Struktur rumah kayu, kedudukan kediaman yang rapat serta cuaca berangin dikenal pasti sebagai faktor utama api merebak dengan pantas.
Transcript
00:00Sebanyak 8 buah rumah musnah terbakar sebelum disusuli dengan letupan hampir 30 tong gas memasak dalam kejadian di Kedai Buloh,
00:09Kota Baru pada Jumat malam.
00:11Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPM Negeri Kelantan, Penguasa Bomber Mohd Farid Ismail,
00:21Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira semenit kemudian.
00:31Jelasnya kebakaran yang bermula sekitar jam 9.45 malam itu merebak dengan pantas di kawasan kediaman padat yang kebanyakannya terdiri
00:38daripada binaan kayu selain disusuli letupan beberapa melcun milik penduduk.
00:42Tambah Mohd Farid, keseluruhan 8 rumah terlibat dalam kebakaran berkenaan dengan 5 daripadanya musnah sepenuhnya, mana kali 3 lagi terbakar
00:49sebahagian daripadanya.
00:51Menurut beliau, kebakaran dipercayai merebak dengan cepat disebabkan struktur rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu serta kedudukan rumah yang terlalu
00:59rapat dengan jarak kurang daripada 1 meter antara satu sama lain.
01:03Selain itu, keadaan cuaca yang berangin juga dikenal pasti sebagai faktor yang menyumbang kepada api merebak ke rumah bersebelahan.
01:09Terut musnah dalam kejadian tersebut adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.
01:15Mohd Farid malumkan letupan tong gas yang mempercepatkan lagi kebakaran dan menyukarkan operasi pemadaman pada peringkat awal.
01:23Bagaimanapun, usaha pantas pihak bomba berjaya mengawal api daripada terus meribat dan menyelamatkan banyak rumah berhampiran daripada turut terlibat.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended