00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata insiden di mana pesawat pejuang negara itu yang ditembak jatuh oleh Iran tidak akan
00:08menjejaskan rundingan yang didakwanya sedang berlangsung.
00:12Bagaimanapun, Trump enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu semasa satu temubual bersama NBC News.
00:21Trump tidak mengulas dengan terperinci mengenai operasi mencari dan menyelamat susunan insiden berkenaan sambil menyifatkan ia satu isu ketenteraan yang
00:28sensitif.
00:29Beliau turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap liputan media berhubung situasi tersebut yang melibatkan usaha mengesal anggota kru selepas
00:36pesawat perkenaan ditembak jatuh.
00:38Pada masa sama tegasnya, insiden itu sama sekali tidak memberi sebarang kesan dan menyifatkan keadaan perkenaan sebagai situasi peperangan.
00:44Sementara itu, jurus cakap White House, Caroline Leavitt sebelum ini maklumkan kepada CNN bahawa Trump telah diberi taklimat mengenai insiden
00:52sebuah pesawat pejuang Amerika Syarikat yang ditembak jatuh di ruang udara Iran
00:56yang kemudiannya dikenal pasti sebagai pesawat pejuang jenis F-15E Strike Eagle.
01:02Manakala akhbar, The New York Times melaporkan sebuah lagi pesawat tempur tentera udara Amerika Syarikat iaitu pesawat serangan jenis A
01:08-10 terhempas di kawasan Teluk Parsi pada waktu yang hampir sama dengan insiden penembakan pesawat F-15E di Iran.
01:15Selain itu, dalam termubuah berasingan bersama The Independent, Trump berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai sebarang tindakan yang mungkin diambil
01:23sekiranya juruterbang yang dilaporkan hilang di Iran berada dalam keadaan bahaya.
01:28Trump menambah beliau berharap keadaan tersebut tidak akan berlaku sama sekali.
Comments