Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Laporan FAO menunjukkan Indeks Harga Makanan meningkat kepada 128.5 mata pada Mac, dipacu lonjakan harga minyak sayuran, gula dan gandum. Kos tenaga serta baja yang tinggi dibimbangi menekan pengeluaran dan bekalan makanan global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, harga komoditi makanan global meningkat untuk bulan kedua berturut-turut pada Mac, didorong terutamanya oleh kenaikan kos tenaga yang
00:10dikaitkan dengan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.
00:14Perkara itu didedahkan dalam laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, FAO.
00:23Indeks harga makanan FAO yang mengukur perubahan bulanan harga antarabangsa bagi sekumpulan komoditi makanan yang diniagakan secara global mencatat perata
00:32128.5 mata pada Mac.
00:34Ia meningkat 2.4% berbanding Februari dan 1.0% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
00:42Menurut laporan itu, indeks minyak sayuran FAO dan indeks harga gula mencatatkan kenaikan paling ketara, masa-masa meningkat 5.1
00:49% dan 7.2%.
00:51Indeks harga bijirin FAO turut naik 1.5% dipacu oleh kenaikan harga gandum dunia sebanyak 4.3%.
00:59Sementara itu, indeks harga daging meningkat 1.0% manakala indeks harga beras mencatat penurunan 3.0%.
01:06FAO menyatakan bahawa kenaikan harga tenaga dan baja telah meningkatkan kos input pertanian.
01:11Menurut Ketua Ekonomi FAO, Massimo Torero, jika konflik berlanjutan melebihi 40 hari, petani mungkin perlu mengurangkan penggunaan input menanam lebih
01:20sedikit atau beralih kepada tanaman yang kurang bergantung kepada baja.
01:24Keputusan ini dijangka memberi kesan kepada hasil tanaman pada masa hadapan serta mempengaruhi bekalan makanan dan harga komoditi sepanjang tahun
01:32ini dan seterusnya.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended