00:00Jabatan Pendaftaran Negara JPN akan menyiasat lanjut terhadap individu yang ditahan kerana menggunakan kad pengenalan orang lain untuk membeli bahan
00:09api bersubsidi di stesen minyak seluruh negara.
00:13Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Badrul Hisham Alias, kesalahan itu membabitkan penggunaan tanpa kebenaran atau kecurian kuota bahan api di bawah
00:21mekanisme subsidi.
00:24Beliau berkata perbuatan itu adalah pelanggaran undang-undang serius di bawah peraturan sedia ada dan tindakan tegas akan diambil terhadap
00:33pihak terbabit.
00:34Tegasnya, siasatan akan dijalankan terhadap individu yang ditahan kerana menyalahgunakan atau memiliki maikat orang lain secara tidak sah bagi mendapatkan
00:43petrol dan diesel.
00:44Mengikut Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, beliau berkata adalah menjadi kesalahan untuk memiliki atau menyimpan maikat orang lain
00:55tanpa kuasa yang sah.
00:57Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM20,000, penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
01:05Badrul menegaskan, hanya pegawai yang diberi kuasa seperti polis dan pegawai JPN dibenarkan memiliki maikat orang lain dalam keadaan tertentu.
01:15Difarmkan beberapa kes membabitkan pemandu yang didapati memiliki kad pengenalan orang lain ketika membeli bahan api direkodkan, termasuk di Kelantan.
01:24Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan dokumen pengenalan diri dan memberi amaran bahawa penguatkuasaan ketat akan terus dilaksanakan bagi
01:34membendung perbuatan itu.
Comments