Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
NASA mendedahkan imej pertama Bumi yang dirakam dari kapsul Orion dalam misi Artemis II yang disertai empat angkasawan. Misi itu menampilkan penggunaan pelbagai peranti rakaman dan menandakan fasa penting penerbangan ke arah Bulan, termasuk suntikan translunar.
Transcript
00:00Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan atau NASA mendedahkan imej pertama bumi yang dirakam dari kapal angkasa Orion dalam misi Artemis
00:08II yang dilancarkan kamis selepas.
00:11Misi yang disertai oleh empat angkasawan itu turut dilengkapi dengan beberapa peranti berbeza bagi merakam pemandangan angkasa sepanjang penerbangan mereka
00:18di dalam kapsel Orion.
00:22Antara peralatan yang digunakan termasuk kamera aksi GoPro bersaiz kecil, telefon pintar iPhone serta kamera profesional Nikon, jenama yang biasa
00:32digunakan angkasawan NASA selama bertahun-tahun di stesen angkasa antarabangsa.
00:37Menurut pengarah penerbangan fasa pelancaran misi Artemis II, Jude Freeling, berbagai imej dijangka dihasilkan oleh kesemua anggota kru sepanjang misi
00:47tersebut.
00:47Selain itu, pada hari ke-6 misi, para angkasawan dijangka berada pada jarak kira-kira 252,000 batu dari bumi
00:56iaitu lokasi paling jauh pernah dicapai manusia.
00:59Ketika bumi akan kelihatan tidak lebih besar daripada saiz bola keranjang di sebalik bahagian gelap bulan.
01:06Jelas NASA dalam satu kenyataan ketika ini, kru misi sedang menghampiri fasa penting untuk keluar daripada orbit bumi dan menuju
01:15ke arah bulan yang dijadual bermula pada jam 7.49 malam waktu tempatan pada Khamis.
01:22Fasa itu dikenali sebagai suntikan translunar melibatkan penggunaan pendorong modul, perkhidmatan Orion serta mekanik orbit.
01:29Pada hari pertama mereka di angkasa lepas, para angkasawan telah berjaya menyempurnakan ujian pertama daripada puluhan objektif yang dirancang termasuk
01:39demonstrasi operasi berhampiran bagi menilai keupayaan kawalan dan pengendalian kapal angkasa Orion.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended