Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kejadian seorang penumpang terjatuh ke landasan LRT di Stesen Abdullah Hukum menjadi peringatan kepada orang awam agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan keselamatan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan sistem keselamatan Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) telah diaktifkan dan berfungsi dengan baik, sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa.
Transcript
00:00Kejadian penumpang terjatuh ke landasan transit aliran ringan LRT di stesen Abdullah Hukum semalam wajar menjadi peringatan penting kepada semua
00:08orang awam.
00:10Menteri Pengangkutan Anthony Lok Siu Fook menasihatkan pengguna pengangkutan awam seperti LRT agar sentiasa berwaspada serta mematuhi setiap peraturan keselamatan
00:18yang telah ditetapkan.
00:21Tambah beliau, semasa kejadian, Sistem Keselamatan Platform Intrusion Emergency Stop PIES telah diaktifkan ketika tren sedang menghampiri stesen berkenaan.
00:33Jelas Lok, langkah keselamatan tersebut berfungsi dengan baik dan berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk sekaligus menyelamatkan nyawa mangsa.
00:42Selain itu, orang ramai diseru menjadikan insiden itu sebagai iktibar untuk sentiasa memberi perhatian kepada aspek keselamatan di stesen dan
00:51mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
00:54Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta perasanan
01:04Malaysia berhad atas tindakan pantas dan profesional dalam menangani kejadian tersebut.
01:09Pada Jumat petang, seorang penumpang dilaporkan terjatuh di kawasan landasan LRT di stesen Abdullah Hukum.
01:17Laporan menyebut ketika kejadian, tren Rapid KL sedang menghampiri platform sebelum seorang wanita terjatuh ke bawah tren.
01:26Rapid Rail Sendiran Berhad yang mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan operasi tren terpaksa dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada kerja
01:35-kerja menyelamat.
Comments

Recommended