00:00Terlindung dari mata kasar, api merebak di bawah permukaan tanah tanpa disedari.
00:06Kebakaran tanah gambut, satu musuh yang liat untuk ditundukkan oleh bomba.
00:13Ia perlu dicegah sebelum satu percikan api mencetuskan bencana.
00:19Ini projek pemulihan tanah gambut meliputi sekitar 97,000 hektare kawasan di Pahang Tenggara.
00:26Ketua projek dari Enggang Pekan Sendirian Berhad, Dr. Jane Koh berkata,
00:31pemantauan rapi diperlukan untuk melindungi kawasan tanah gambut yang terbesar di semenanjung Malaysia ini.
00:39Kami memang ada pemantauan, ada dua unit yang di bawah pihak Enggang
00:47yang sering memantau di dalam kawasan projek kami dan juga di sekeliling kawasan projek kami.
00:55sebab kami nak mencegah kebakaran itu daripada merebak ke dalam kawasan hutan simpan.
01:05Kebakaran di tanah gambut memang senang merebak.
01:09Dia merebak secara above ground dan juga below ground.
01:13hutan payah gambut di kawasan tropikal ini adalah hutan yang lembab, di tanah lembab.
01:24Tropical moist forest, dia tidak akan terbakar sendiri.
01:29Yang terbakar itu adalah disebabkan oleh punca manusia.
01:33Selain itu, langkah pencegahan termasuk membina sekatan parit bagi memastikan kawasan berkenaan kekal lembab.
01:41Seterusnya, penubuhan pasukan khas tindak balas kebakaran dan kerjasama antara agensi bagi memastikan kawasan gambut selamat.
01:50Sementara itu, penolong pengarah bahagian operasi dan penyelamat JBPM Pahang,
01:55Mohd Salahuddin Isa berkata, 80% kebakaran berpunca daripada aktiviti manusia.
Comments