Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin dalam masa sama menggesa orang ramai bertenang dan mengelak pembelian panik.
Transcript
00:00Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan memberi jaminan bekalan beras di Sabah kekal mencukupi dan terkawal.
00:09Timbalan Menterinya Datuk Chan Fung Hin dalam masa sama menggesa orang ramai bertenang dan mengelak pembelian panik.
00:18Terdahulu, Fung Hin diberikan taklimat mengenai situasi terkini susulan pertemuan dengan Ketua Operasi Padi Beras Nasional Berhad Bernas Sabah,
00:26Hervian Kirman dan Timbalan Pengarah Bahagian Kawas Selia Padi dan Beras Negeri, Rosman Syamsul.
00:33Beliau mengakui pembelian panik dalam kalangan pengguna baru-baru ini membimbangkan tetapi menegaskan keadaan itu bukan disebabkan kekurangan beras sebenar.
00:42Katanya pembelian panik itu didorong penyebaran maklumat tidak sahih hingga mengelirukan dalam kalangan orang ramai.
00:48Sebelum itu, beliau memberi amaran penyebaran kabar angin bukan sahaja mengelirukan pengguna tetapi juga boleh mengganggu kestabilan pasaran jika dibiarkan.
00:57Beliau mengulangi paras bekalan beras semasa di Sabah adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan, satu pendirian yang disahkan oleh bernas.
01:07Pada masa sama, Kerajaan Negeri telah meningkatkan pemantauan di seluruh rantaian pengedaran untuk memastikan keselamatan dan ketersediaan makanan berterusan.
Comments

Recommended