Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Kapten Nasaruddin A Bakar berkata strategi penambahan pesawat itu seiring dengan perancangan pertumbuhan kumpulan, sekali gus mengukuhkan kehadiran MAG di seluruh pasaran utama.
Transcript
00:00Malaysia Aviation Group MAG merancang untuk menambah jumlah pesawat utama kepada 116 bagi 106 destinasi menjelang 2035.
00:10Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CEO Kumpulan, Kapten Nasaruddin E. Bakar berkata,
00:16strategi penambahan pesawat itu seiring dengan perancangan pertumbuhan kumpulan sekaligus mengukuhkan kehadiran MAG di seluruh pasaran utama.
00:27Menurutnya, MAG telah menerima penghantaran 10 pesawat Airbus A330neo dan 14 bagi Boeing 737-800 dan satu lagi akan diterima
00:37minggu hadapan.
00:38Penambahan ini memastikan MAG kekal relevan dalam laluan jarak jauh utama, mengekalkan gabungan kumpulan pesawat kompetitif serta meningkatkan kecekapan operasi.
00:48Kapten Nasaruddin berkata, pengenalan pesawat generasi baru menambah baik penawaran produk oleh MAG sebagai pengendali syarikat penerbangan seterusnya membolehkan MAG
00:59menyediakan pengalaman bersifat modern dan konsisten bagi sepanjang perjalanan pelanggan.
01:04Ini juga menyumbang kepada aspirasi untuk meletakkan Malaysia Airlines dalam kalangan 10 syarikat penerbangan global terbaik dunia menjelang 2030.
01:14Sementara itu, CEO Perniagaan Penerbangan MAG, Brian Fung berkata, fasa pertama pemodenan kumpulan pesawat akan selesai menjelang 2028 melibatkan sejumlah
01:2525 pesawat Boeing 737-800 dan 20 unit A330neo.
01:31Bagaimanapun, baki 20 pesawat A330neo yang ditempah akan mula diterima dalam tempoh dari 2029 hingga 2030.
01:39Selain itu, MAG juga sedang dalam proses merancang untuk menggantikan kapal terbang Airbus A350 menjelang 2032.
Comments

Recommended