00:00Peruntukan hukuman terhadap pemanu mabuk khususnya yang menyebabkan kemalangan maut perlu diperketat dan dipertingkatkan bagi menimbulkan kesan pencegahan serta membangkitkan
00:10rasa gerun dalam kalangan masyarakat.
00:13Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Osman Syed berkata, peruntukan undang-undang sedia
00:20ada masih belum setimpal sekiranya dibandingkan dengan tahap kesalahan yang dilakukan.
00:27Tapi memang saya tengok di segi undang-undang yang ada, hukuman memang agak kecil lah. Dia punya hukuman untuk RTA,
00:37road traffic.
00:39Saya dah cakap dulu masa kes bus tu saya kata kena ada yang disebut sebagai corporate manslaughter sebab syarikat yang
00:46kendalikan bus.
00:47Tapi di segi individu kan menyebabkan kematian, undang-undang kita memang banyak yang ada tapi di segi hukuman yang mana?
00:54Mungkin kementerian yang berkenaan kena tengok kepada akta dia ada, dia boleh pergi ke parlimen nak minta pindahan yang setimpal
01:01ke hukuman yang lebih berat.
01:03Itu tertakluk pada kementerian tersebut.
01:06Tapi kalau saya tengok, saya terus, saya punya hukuman memang dahsyatnya. Tapi itu saya. Saya bukan menteri pengangkutan.
01:13Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Persatuan Pendidikan Undang-Undang Commonwealth CLEA 2026 di Kuala Lumpur pada Jumaat.
01:22Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta 333 sedia ada ketika ini memperuntukkan mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah
01:32sehingga terbabit kemalangan menyebabkan kematian boleh dipenjara antara 10 tahun hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100
01:43,000 jika sabit kesalahan.
01:46Bagi kesalahan berulang, hukumannya lebih berat iaitu penjara tidak kurang 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta denda antara
01:55RM100,000 hingga RM150,000.
Comments