00:00Platform E-Panggilan Maxim kini beroperasi secara sah di Malaysia.
00:04Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Muzli berkata,
00:08syarikat itu telah memiliki lesen sah serta mematuhi peraturan ditetapkan
00:11Kementerian Pengangkutan serta agensi berkaitan.
00:15Beliau berkata, agensi pengangkutan awam darat dalam kenyataan pada 2 Disember lalu
00:21menyenaraikan semua syarikat E-Panggilan berdaftar termasuk Maxim yang beroperasi di Semenanjung.
00:26Jelasnya, bagi operasi di Sabah dan Sarawak, syarikat itu memiliki semua dokumen operasi
00:32yang diperlukan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.
00:37Maxim komited meningkatkan akses pengangkutan terutama di luar bandar
00:41selain menyediakan peluang pendapatan fleksibel kepada pemandu serta menyokong ekonomi setempat.
00:49Maxim turut menawarkan ciri insklusif seperti tambang khas untuk golongan orang kurang upaya
00:54dan perjalanan untuk wanita di kawasan terpilih.
Comments