00:00Sementara itu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan beberapa negara lain seperti Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China menjaga keselamatan
00:08Selat Hormuz.
00:09Berucap dalam acara Easter di White House, Trump berkata sudah tiba masanya negara lain bertindak lebih aktif dalam memastikan keselamatan
00:17laluan perkapalan strategik itu.
00:55Dalam satu antaran di media sosial pada hari sama, Trump mendakwa Iran telah meminta
00:59gencatan sejata namun menegaskan Amerika Syarikat hanya akan mempertimbangkannya selepas Teheran menghentikan sekatan terhadap Selat Hormuz.
01:08Iran bagaimanapun menafikan pernah meminta gencatan sejata tersebut.
01:12Sejak serangan udara Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran dilancarkan pada penghujung Februari, Teheran telah menyekat kapal daripada melalui
01:19Selat Hormuz sebagai tindak balas.
01:22Sekaligus mengganggu ekspor minyak Asia Barat dan mencetuskan kenaikan mendadak harga bahan api di peringkat global.
01:28Pengadalisis menjangkakan walaupun gencatan sejata diumumkan, aliran tenaga melalui Selat Hormuz tidak akan kembali pulih sepenuhnya dalam masa terdekat
01:37berikutan risiko keselamatan, kerosakan logistik dan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
01:43Selat Hormuz merupakan laluan utama bagi hampir 20% perdagangan minyak dan gas dunia menjadikannya antara titik paling kritikal dalam
01:51sistem tenaga global.
Comments