00:00Baik, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran kini bukan lagi ancaman selepas 32 hari operasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat
00:08walaupun konflik di Asia Barat masih berlarutan.
00:11Dalam ucapan yang disiarkan waktu perdana, Trump mendakwa kononnya operasi tersebut berjaya melemahkan keupayaan ketenteraan Iran termasuk angkatan laut, udara
00:20serta program peluru berpandu dan nuklear.
00:25Beliau turut menegaskan Amerika Syarikat kini berada di ambang menamatkan ancaman Iran terhadap negara itu termasuk risiko ugutan nuklear.
00:49Namun, perkembangan di lapangan menunjukkan konflik masih belum reda dengan serangan dan tindak balas terus berlaku antara kedua-dua pihak
00:56serta sekutu masing-masing di rantau Asia Barat.
00:59Malah, Iran dilaporkan terus mengambil pendekatan, meningkatkan tekanan termasuk menyasarkan infrastruktur dan laluan strategik seperti selat humus yang memberi kesan
01:08kepada pasaran tenaga global.
01:10Presiden Iran, Masur Pezishkian, turut mempersoalkan naratif Washington dengan menyifatkan konflik itu dipenuhi putar belit dan meminta rakyat Amerika menilai
01:19semula kepentingan sebenar peperangan tersebut.
Comments