Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
NASA bersedia melancarkan misi Artemis II yang akan membawa empat angkasawan mengelilingi bulan selama 10 hari. Pelancaran dari Pusat Angkasa Kennedy ini menandakan misi paling bercita‑cita tinggi AS dalam beberapa dekad dan langkah penting ke arah kepulangan manusia ke permukaan bulan serta misi Marikh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pentadbiran aeronautik dan angkasa lepas kebangsaan NASA bersedia melancarkan 4 angkasaan ke angkasa lepas bagi misi Artemis II, misi paling
00:09bercita-cita besar Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa dekad.
00:14Pelancaran misi berdurasi 10 hari itu akan bawa kru mengelini bulan, menandakan langkah utama ke arah kepulangan manusia ke permukaan
00:21bulan sebelum China melaksanakan pendaratan berawak pertamanya.
00:26Pengurus misi NASA pada Isnin mengesahkan status Go4 Launch bagi roket setinggi 322 kaki atau 98 meter yang membawa kapsul
00:36kru Orion dengan waktu pelancaran disasarkan pada 64 petang waktu Timur Amerika dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida.
00:43Lokasi itu terletak hanya satu landasan daripada tapak pelancaran terakhir program Apollo lebih 50 tahun lalu.
00:50Misi Artemis II disertai tiga angkasaan NASA iaitu Christina Koch, Victor Glover dan Reed Weisman serta seorang angkasaan Canada Jeremy
01:00Hansen.
01:01Mereka tiba di Florida dari Houston Jumaat lalu dan menjalani kuarantin selama dua minggu.
01:07Mereka turut meluangkan mangsa bersama keluarga di rumah pantai Kennedy Space Center sebelum pelancaran.
01:12NASA belum mengisi 733,000 galen bahan api super sejuk ke teras roket SLS pagi rabu bagi menggerakkan empat enjin
01:21RS-25, enjin legenda yang pernah digunakan pada program pesawat ulang alih angkasa.
01:27Keadaan cuaca setakat ini dilaporkan menggalakkan dengan hanya 20% kemungkinan gangguan dalam tempoh tertingkap pelancaran dua jam.
01:35Jika pelancaran ditunda, NASA mempunyai peluang seterusnya seawal Jumaat hingga 6 April atau perlu menunggu sehingga 30 April.
01:43Pelancaran Artemis II sebelum ini dijadualkan pada Februari dan Mac, namun terpaksa ditangguhkan akibat kebocoran hidrogen yang memerlukan roket diperiksa
01:52semula di bangunan pemasangan.
01:54Misi Artemis II dilihat sebagai tonggak penting program Artemis dalam usaha mengembangkan kehadiran manusia di bulan dan seterusnya misi kemarikh.
Comments

Recommended