00:00Presiden Iran Mas'ud Pizishqiyah menegaskan negaranya tidak bermusuhan dengan rakyat Amerika Syarikat.
00:06Dalam sepucut surat terbuka yang dimaknaik di media sosial pada Rabu, Mas'ud berkata gambaran bahawa Iran merupakan sebuah negara
00:13agresif tidak selari dengan realiti sejarah atau fakta semasa, sebaliknya berpunca daripada naratif politik kuasa besar.
00:23Menurutnya, rakyat Iran tidak pernah memusuhi negara lain termasuk rakyat Amerika kerana mereka dapat membezakan dengan jelas antara kerajaan dan
00:31rakyat satu prinsip yang berakar umbi dalam budaya Iran.
00:35Dalam surat itu, Mas'ud menegaskan Iran merupakan antara tamadun tertua di dunia dan tidak pernah dalam sejarah modernnya memilih
00:43jalan penjajahan, peluasan kuasa atau pencerobohan.
00:47Beliau berkata walaupun berdepan pendudukan, pencerobohan dan tekanan berterusan kuasa luar, Iran tidak pernah memulakan peperangan, sebaliknya hanya bertindak mempertahankan
00:56diri.
00:57Beliau turut mengkritik kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat di sekitar Iran sambil mengaitkan campur tangan Amerika pada masa lalu sebagai punca
01:05utama ketidakpercayaan berpanjangan antara kedua-dua negara.
01:08Surat itu diterbitkan ketika konflik Israel-Amerika-Iran berlarutan selama beberapa minggu dan bukan sahaja meragut ribuan nyawa, malah mengganggu
01:17pasaran tenaga global.
01:19Kenyataan Mas'ud menyusul selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran telah meminta gencatan sejata, satu dakwaan yang kemudiannya
01:27dinafikan Teheran.
01:28Pemerhati melihat surat terbuka itu sebagai usaha Teheran menyampaikan naratif terus kepada rakyat Amerika bagi membezakan konflik geopolitik antara kerajaan
01:38daripada hubungan antara masyarakat awam.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments