Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi menyelaras kaedah paling sesuai untuk membantu rakyat secara menyeluruh susulan krisis tenaga global.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi menyelaras kaedah paling sesuai untuk membantu rakyat secara menyeluruh
00:07susulan krisis tenaga global.
00:09Menteri Besar, Datuk Seri Ambruddin Syari berkata, mesyuarat berkenaan akan memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan rentan dan mastikan sokongan
00:17berkesan kepada sektor industri di negara itu.
00:21Beliau berkata mesyuarat itu diadakan susulan mesyuarat khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:28yang dijadualkan berlangsung hari ini bagi meneliti pelan serta perancangan Kerajaan Persekutuan.
00:34Jelasnya pasukan di negeri akan membuat persiapan yang sepenuhnya, berlandaskan fakta dan maklumat terkini untuk membantu rakyat serta industri di
00:41Selangor.
00:42Satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan dan mesyuarat berkala turut akan diadakan bagi memastikan langkah yang dirangka dapat dilaksanakan secara
00:51tersusun dan berkesan.
00:53Ambruddin berkata beliau telah mengadakan sidang meja bulat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN bagi membincangkan krisis Asia Barat serta
01:01implikasinya terhadap ekonomi dan rakyat Selangor.
01:04Beliau berkata sidang khas itu menghimpunkan pakar ekonomi, geopolitik dan industri tenaga untuk berkongsi analisa serta unjuran awal kesan perang
01:13selain dihadiri ketua beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dengan krisis semasa.
01:19Jelasnya tujuan sidang meja bulat khas adalah untuk mempersiapkan gerak kerja dan kerangka utama sebagai langkah kesiap-siakaan negeri dalam
01:28menghadapi ketidaktentuan global dengan mengambil kira peranan Selangor sebagai penyumbang utama sebanyak 26.2% kepada KDNK negara.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended