Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan digesa mempercepat pewartaan dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik bagi memperkukuh integriti serta menangani rasuah yang semakin kompleks.
Transcript
00:00Kerajaan digesa mempercepat puartaan dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik bagi memperkukuk integriti dan menangani rasuah yang semakin kompleks.
00:09Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia, Jaiz Abdul Karim berkata, langkah itu penting memandangkan isu rasuah kini bukan lagi bersifat konvensional, sebaliknya
00:18semakin sukar dikesan berikutan perkembangan teknologi dan dunia digital.
00:25Katanya rasuah kini semakin kompleks dan boleh diibarat kanser tahap empat, namun beliau tetap menaruh harapan supaya masalah ini dapat
00:33ditangani antaranya menerusi pelaksanaan Akta itu.
00:37Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk Undang-Undang Baharu, Benteng Integriti Negara, terbitan bernama TV pada Rabu.
00:44Turut menjadi tetamu program itu ialah ahli jawatan kuasa khas mengenai rasuah JKMR yang Syafura Othman.
00:50Jaiz berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan memandangkan banyak negara lain telah melaksanakannya dengan hasil positif.
00:59Beliau berkata pelaksanaan Akta itu juga wajar dipercepat kerana merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan.
01:07Beliau turut menggesa ahli parlimen menyokong usaha berkenaan demi kepentingan rakyat dan juga negara.
01:12Sementara itu, Yang Syafura yang juga ahli parlimen bentong berkata kerajaan komited mewujudkan undang-undang baharu berkaitan rasuah dan integriti
01:21selaras dengan agenda reformasi institusi.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended