00:00Menjelang tarikh akhir penerimaan cadangan pengambil alihan bersyarat IGM Corporation Berhad yang berbaki enam hari saja lagi,
00:08Sunway Berhad kekal positif walaupun berhadapan dengan jalan berliku.
00:12Pengasas dan pengerusinya, Tan Sri Dr. Jeffrey Chech berkata,
00:16pihaknya yakin tawaran yang dikemukakan adalah terbaik dan mampu memberi manfaat kepada kedua-dua entiti perniagaan itu.
00:24Katanya, disebalik berita penolakan beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan,
00:29GLIC berhubung cadangan pengambil alihan bersyarat IGM baru-baru ini, beliau masih positif.
00:37Difahami pasti berlaku perbincangan dalam kalangan mereka dan walaupun ada menolak,
00:42tetapi kita berharap jika sekurang-kurangnya ada dua pihak menyokong, itu sudah cukup.
00:47Kita akan dapat lebih dari 50% pegangan saham.
00:50Saya yakin pemegang saham luar selain GLIC akan menyokong ini.
00:55Katanya, dalam pertemuan eksklusif bersama media Sinar Harian dan The Star bertempat di Sunway Resort Hotel pada Selasa.
01:03Terdahulu, permodalan Nasional Berhad PNB yang memegang 13.3% saham dalam IGM
01:10memutuskan tidak menerima tawaran Sunway,
01:13mengambil kira nilai intrinsik IGM serta potensi keuntungan masa depan berbanding harga saham Sunway.
01:19Turut dilaporkan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP yang memegang 20.52% saham IGM
01:28turut menolak tawaran Sunway.
01:30Dalam pada itu, Jeffrey berkata Sunway sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk menutup IGM
01:36sebaliknya dengan menerima saham Sunway, syarikat tersebut akan menjadi sebuah entiti yang jauh lebih baik.
01:42Menurut Jeffrey, tidak kira sama ada tawaran berjaya direalisasikan atau tidak,
01:48tujuan syarikat itu tetap tidak berubah.
01:50Katanya, Sunway akan terus melakukan apa yang dilakukan selama ini
01:54iaitu menyumbang kepada ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan dalam misi membina negara.
02:00Menerusi laporan media sebelum ini, Sunway menawarkan 10% tunai
02:05dan 90% saham Sunway bertujuan untuk memberi pemegang saham IGM likuiditi segera
02:11dan mendapat manfaat terbaik serta peluang menjadi entiti tersebut lebih besar serta kuat.
02:16Menurut Sunway, syarikat tersebut telah memberi jumlah pulangan hampir 387% kepada pemegang sahamnya
02:24berbanding hanya kira-kira 9% oleh IGM dalam tempoh masa sama.
02:29Hal tersebut meletakkan pelabur IGM dalam posisi terbaik
02:33mendapat faedah daripada pertumbuhan masa depan
02:36berbanding menunggu strategi penjanaan nilai yang tidak menentu
02:39dan bergantung kepada masa pasaran.
02:42Bagaimanapun, Jeffrey menegaskan pada akhirnya
02:45jika penerimaan tidak mencapai lebih 50%,
02:48Sunway akan menarik diri daripada meneruskan tawaran pengambil alihan IGM.
Comments