00:00Krisis tenaga yang didepani oleh dunia ketika ini, krisis tenaga global ketika ini disifatkan sebagai paling serius dalam sejarah modern.
00:08Malah lebih buruk berbanding krisis minyak pada 1970-an serta kekurangan gas akibat perang Rusia-Ukraine pada tahun 2022.
00:17Amaran itu dikeluarkan Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa IEA dengan Asia dikenalpasti sebagai rantau paling terkesan ketika ini.
00:26Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa IEA, Fatih Birol, menyatakan krisis tenaga global ketika ini menyaksikan kehilangan bekalan mencecah hampir 12 juta
00:36tong minyak sehari,
00:37jauh melebihi sekitar 5 juta tong sehari yang direkodkan semasa krisis minyak pada 1973 dan 1979.
00:44Dua beliau, situasi semasa juga jauh lebih kritikal berbanding kekurangan bekalan gas global sekitar 75 bilion meter padu pada 2022.
00:52Birol memaklumkan keadaan dijangka bertambah buruk pada April berbanding Mac berikutan ketiadaan lagi penghantaran minyak dan gas asli secair dari
01:01Asia Barat selepas beberapa bekalan masih tersedia pada bulan lalu.
01:05Susulan krisis itu, IEA telah mengambil langkah melepaskan 400 juta tong minyak daripada rezab kecemasan yang merupakan pelepasan terbesar dalam
01:14sejarah agensi tersebut.
01:15Namun, Birol menjelaskan langkah itu hanya mampu mengurangkan tekanan buat sementara waktu dan tidak menyelesaikan punca utama krisis tenaga global.
01:23Beliau menegaskan pembukaan semula selat hormos merupakan faktor paling penting dalam usaha mencabilkan semula bekalan tenaga dunia.
01:30Manakala langkah-langkah sedia ada sekadar bertujuan melengahkan kesan krisis.
01:35Krisis tenaga setakat ini memberikan kesan paling teruk kepada Asia namun Birol memberi amaran ia dijangka merebak ke Eropah dan
01:41wilayah lain dalam tempoh terdekat.
01:44Beliau berkata kekurangan paling ketara ketika ini melibatkan bahan api jet dan diesel dengan kesan yang sudah dirasai di Asia
01:50dan berpotensi Melanda Eropah pada April atau awal Mei.
01:53Menurut Birol, pembeli di Asia yang gagal mendapatkan bekalan gas asli secair dari Asia Barat kini terpaksa beralih ke pasaran
02:00spot yang lazimnya menjadi sumber utama bagi Eropah.
02:03Kerana itu meningkatkan persaingan dan harga gas sekaligus mendorong kenaikan harga elektrik di Eropah memandangkan harga elektrik di rantau tersebut
02:11ditentukan berdasarkan kos marginal gas asli.
02:14IEA memberi amaran krisis tenaga global ini berisiko mencetuskan kesan rantaian terhadap ekonomi dunia sekiranya laluan strategik tenaga seperti selat
02:22hormos terus terganggu.
Comments