Skip to playerSkip to main content
Kegigihan ibu bapanya mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng dan laksa menjadi pembakar semangat buat seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang, Putrajaya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hasilnya, Fakhrul Iman Zainudin, 18, berjaya memperoleh keputusan 11A+ sekali gus dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolahnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773777/edisi/melaka-ns/saya-mahu-mak-ayah-berehat---anak-peniaga-pisang-goreng-syukur-dapat-11a-mahu-ubah-nasib-keluarga

Muzik: Creativeminds dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM2025 #UbahNasib #Keluarga #SPM
Transcript
00:00Kegigihan ibu bapanya mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng dan laksa menjadi pembakar semangat buat seorang pelajar Sekolah Menengah Agama
00:10Teluk Kemang Port Dixon untuk belajar bersungguh-sungguh bagi meraih keputusan cemerlang dalam sijil pelajaran Malaysia, SPM.
00:19Hasilnya, Fakrul Iman Zainuddin, 18 tahun, berjaya memperoleh keputusan 11A tambah sekaligus dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolahnya.
00:39Pujarnya, dia berhasrat menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin di negara Timur Tengah selain bercita-cita menjadi pensyarah.
00:48Dia juga tidak menyangka video dirinya mengambil keputusan sambil ditemani bapanya menjadi tular di media sosial.
01:00Dapat rezeki itu viral mana? Saya tengoklah balik. Tengok, dah RM200,000 lah.
01:06Jadi, saya pun komen. Komen, ramai yang like.
01:09Jadi, atapilah, saya berkasi dengan DJ semua, saya tanggal dihutang tinggi dengan semua perjapan berikut lah.
01:16Sementara itu, bapanya Zainuddin berkata, dia berniaga pisang goreng lebih 22 tahun untuk menyara keluarga.
01:23Saya nampak potensi lah. Ada potensi. Ada potensi daripada kecil lagi lah kan.
01:30Sebab, kita punya perusahaan daripada masalah lapasiti, masuk semua gendam, masuk semua tengah.
01:39Sampai ke sekarang ni, bila-bila pengkulasi mengestiming dia, daripada ke, kata orang kalau pada satu, naik dua, naik tiga,
01:49naik empat ke, terus melonjak kan lah.
01:51Itu yang saya rasa, oh, mungkin dia lebih pandai daripada abang-abang yang lain.
Comments

Recommended