00:00Seterusnya, polis menahan seorang tentera berpangkat korporal bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul tujuh anggota lain, termasuk menyebabkan seorang daripada
00:08mereka cedera parah di Kemp Tentera Batalan 25, Regimen Askar Melayu di Raja Bentong, Isni Lepas.
00:15Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada bapa mangsa yang berusia
00:2249 tahun dan menahan suspek 37 tahun pada kira-kira 2.30 petang pada Selasa.
00:28Beliau berkata, siasatan awam mendapati suspek dipercayai memukul, menumbuk dan menendang mangsa yang berusia 24 tahun.
00:36Siasatan turut mendapati terdapat enam lagi mangsa yang juga anggota tentera berusia antara 19 hingga 22 tahun yang berada bersama
00:44dalam kejadian berkenaan.
00:45Seorang mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan penafasan serta merta masih ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Sultan
00:53Haji Ahmad Shah Temerloh, manakala lain dirujuk ke Hospital Bentong.
00:57Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 kandung kesiksaan dan suspek direman selama empat hari.
Comments