Skip to playerSkip to main content
  • 56 minutes ago
Arab Saudi, UAE dan beberapa negara Teluk lain dilaporkan menggesa Presiden AS Donald Trump supaya meneruskan perang terhadap Iran, dengan alasan kempen ketenteraan selama sebulan belum cukup melemahkan kepimpinan Tehran. Desakan itu mencerminkan perubahan pendirian sekutu Teluk ketika konflik Asia Barat semakin meruncing.
Transcript
00:00Sekutu Amerika Syarikat di Rantau Teluk dilaporkan menggesa Presiden Donald Trump supaya meneruskan perang terhadap Iran dengan alasan kepimpinan Teheran
00:09masih belum cukup dilemahkan.
00:11Laporan di Associated Press AP menyebut, Arab Saudi dan Emirat Arab Bersatu UAE dikatakan mendahului tekanan agar operasi ketenteraan diteruskan
00:20sehingga berlaku perubahan besar dalam kepimpinan Iran.
00:25Desakan itu menandakan perubahan pendirian Ketara selepas pada peringkat awal perang, negara-negara Teluk menyuarakan rasa tidak puas hati kerana
00:34tidak dimaklumkan lebih awal mengenai serangan Amerika-Israel.
00:38Seorang pegawai berkata, wakil Arab Saudi, UAE, Kuwait dan Bahrain telah menyampaikan secara tertutup kepada White House bahawa mereka tidak
00:48mahu operasi ketenteraan dihentikan selagi tidak berlaku perubahan signifikan dalam kepimpinan Iran atau perubahan dramatik dalam tingkah laku Teheran.
00:57Desakan itu muncul ketika Trump dilihat berubah-ubah pendirian antara mendakwa kepimpinan Iran kini hampir tunduk kepada rundingan dan mengancam
01:07untuk meningkatkan eksiklasi ketenteraan jika perjanjian tidak dicapai segera.
01:13Walaupun berdepan kesukaran meraih sokongan awam di Amerika Syarikat bagi konflik ini, Trump kelihatan semakin yakin akan sokongan sekutunya dirantau
01:22itu.
01:22Seorang diplomat teluk memberitahu terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan negara serantau namun Arab Saudi dan UAE memimpin usaha meningkatkan tekanan
01:33ketenteraan ke atas Iran.
01:35Putera Makota Arab Saudi Muhammad bin Salman dilaporkan memberitahu pegawai White House bahawa melemahkan keupayaan ketenteraan dan kepimpinan ulama Iran
01:44adalah kepentingan jangka panjang rantau teluk dan dunia.
01:48Namun setakat ini, Trump belum memanggil negara teluk untuk menyertai operasi serangan secara terbuka.
01:55Penganalisis bimbang penglibatan lebih banyak negara dalam ruang udara konflik akan merumitkan operasi ketenteraan selain faktor diplomatik di mana hanya
02:04UAE dan Bahrain mempunyai hubungan rasmi dengan Israel.
02:08Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended