00:00Berkuatkuasa esok, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri KPDN melarang penjualan dan pembelian RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.
00:09Penguatkuasanya dibuat menerusi Ops Tiris 4.0 bersepadu yang dijalankan di seluruh negara dengan tumpuan khusus di kawasan sepadan dan
00:18laluan berisiko tinggi.
00:20Langkah berkenaan bertujuan memastikan subsidi RON95 hanya dinikmati oleh rakyat dan kenderaan berdaftar tempatan selain mengelakkan ketirisan yang menyebabkan keragian
00:29besar kepada negara.
00:31Melalui Ops Tiris 4.0, pihak berkuasa akan meningkatkan pengawasan di stesen minyak termasuk pemantauan transaksi yang mencurigakan serta pemeriksaan
00:39terhadap kenderaan berdaftar asing.
00:41Orang awam juga digesa memainkan peranan sebagai mata dan telinga dengan segera melaporkan sebarang aktiviti meragukan di stesen minyak kepada
00:49Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup KPDN.
00:52Kerajaan menegaskan perlibatan masyarakat amat penting bagi memastikan penguatkuasaan berjalan berkesan dan adil sekaligus mengekang aktiviti penyeludupan bahan api yang
01:01berlarutan.
01:01Larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan untuk melindungi subsidi, memperkukuh takbir urus serta
01:10memastikan keadilan dalam penggunaan sumber negara.
Comments