Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seramai 366,435 calon (94.29 peratus) layak dianugerahkan sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025.
Transcript
00:03Baik seramai 366,435 calon atau 94.29% layak dianugerahkan sijil pelajaran Malaysia SPM tahun 2025.
00:15Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato' Muhammad Azam Ahmad umumkan keputusan peperiksaan tersebut
00:20dengan pencapaian memberangsangkan apabila bilangan calon yang layak meningkat berbanding tahun sebelumnya.
00:25Bagi analisis calon layak dianugerahkan sijil atau disebut sebagai layak mempunyai sijil LMS,
00:35analisis adalah berdasarkan calon baru yang mendaptar sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran
00:41dan menduduki sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran.
00:46Analisis yang dibuat menunjukkan bilangan calon yang layak dianugerahkan sijil pada SPM tahun 2025
00:54adalah seramai 366,435 orang bersamaan 94.29% berbanding dengan 355,933 orang bersamaan dengan 94.01% pada
01:17SPM tahun 2024.
01:19Jadi peningkatan untuk LMS menunjukkan peningkatan untuk SPM tahun 2025.
01:27Tahniah kepada seluruh warga pendidikan dan juga semua pihak yang telah memberikan sokongan sepanjang 2025
01:34untuk pencapaian yang disebutkan ini.
01:37Angka ini menunjukkan peningkatan LMS atau layak mempunyai sijil seramai 10,502 orang bersamaan dengan 0.28%.
01:51Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2025 di Putrajaya.
01:58Dalam pada itu, beliau memaklumkan analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2025
02:04menunjukkan pencapaian calon yang memberangsangkan.
02:08Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia
02:12untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal bermutu, inklusif dan memberikan peluang yang adil kepada semua calon di seluruh negara.
02:21Tegasnya seiring dengan aspirasi pembangunan negara, KPM akan terus mengukuhkan pelaksanaan pelbagai inisiatif reformasi pendidikan
02:29bagi menyokong agenda pembangunan Malaysia Madani yang progresif dan mampan.
02:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended