00:00Lonjakan harga minyak dunia, tekanan inflasi import dan gangguan rantaian bekalan menibulkan persoalan besar tentang ketahanan fiskal negara khususnya menjelang
00:09belanjawan 2026.
00:11Dan ini kita cakap tentang belanjawan tahun ini yang telah dibentangkan pada tahun lalu.
00:15Namun persoalannya pada waktu ini sejauh mana Malaysia benar-benar bersedia menghadapi gejutan luar yang semakin tidak menentu ini.
00:22Untuk menjawab persoalan saya pada ketika ini adalah Prof. Emeritus Dr. Bajoya Bardai, Prof. Malaysia University of Science and Technology,
00:29MAST.
00:30Prof, selamat pagi. Terima kasih kerana sudi bersama dengan kami di Niaga Awani.
00:34Dengan harga minyak dunia melunjak akibat konflik Asia Barat, kita nak tahu sejauh mana kedudukan fiskal Malaysia benar-benar terdedah
00:40kepada gejutan luar ini
00:41dan bahagian perbelanjaan kerajaan mana yang paling berisiko menanggung tekanan besar pada tahun ini 2026. Silakan.
00:49Terima kasih.
00:53Malaysia sedang menghadapi satu krisis dan krisis ini adalah krisis yang besar juga kerana dia bukan sahaja melibatkan minyak tetapi
01:05melibatkan keseluruhan aspek ekonomi.
01:10Kalau kita tengok kesan yang paling besar ialah kepada subsidi dan bantuan sosial.
01:17hari ini kita membelanjakan 49 bilion dalam belanjawan 2026 dan dalam belanjawan itu misalnya untuk petrol kita belanjawankan subsidi 700
01:34juta sebulan.
01:36tapi kini angkanya adalah lebih daripada 3.7 bilion sebulan.
01:46dan ini akan meningkatkan dan bantuan sosial mungkin melebihi 60 bilion.
01:59kemudian kita juga menghadapi isu perkhidmatan hutang yang pastinya kita membelanjawankan 58 bilion dan ini dijangkakan kadar faedah akan meningkat
02:16dan ia juga akan menjejaskan.
02:18perbelanjaan logistik kerajaan juga akan meningkatkan berkait dengan kos logistik peningkatan diesel dan jet ini dan kita akan melihat juga
02:31semua kos-kos perkalan akan meningkatkan.
02:36ini menekatkan belanjawan. Adakah ini boleh menyebabkan belanjawan kita terjejas?
02:45pastinya dia akan terjejas tapi kita nak tengok berapa besarkah dia akan terjejas.
02:51Itu juga menjadi persoalan besar bagaimana impaknya terhadap pengurusan kewangan kita.
02:56tapi mengambil kira inflasi import, gangguan logistik global dan juga ketidaktentuan harga komoditi.
03:02Adakah belanjawan 2026 yang dirangka sekarang masih relevan pada pandangan Prof ataupun ia perlukan penyimak semula dan bagaimana dari segi
03:11bahagian yang paling kritikal untuk diselaraskan semula Prof?
03:14Okey, pastinya dia akan terjejas tapi dia masih relevan pada asasnya kerana mungkin ada beberapa aspek yang tidak berubah dengan
03:28besar tapi ada aspek yang berubah dengan besar yang perlu diperbaiki.
03:33contohnya di dalam belanjawan 26 kita andaikan yang harga minyak adalah sekitar $60 hingga $65 tapi hari ini harga minyak
03:46sudah meningkat melebih $100.
03:48jadi ini akan menyebabkan subsidi bahan api naik, peruntukan logistik dan percayaan antarabangsa meningkat, kos petrolium federal, kemungkinan belanjawan kita
04:02akan, pendapatan boleh meningkat, kita membelanjawankan $103.4 bilion, kemungkinan dia akan meningkat tetapi peningkatan itu bergantung kepada
04:18keadaan yang masih tidak menentu. Subsidi mungkin menjadi persoalan besar kerana kita perlu menguruskan bagaimana nak memastikan subsidi ini tidak
04:32menjejaskan belanjawan kita dengan banyak.
04:36tapi Prof, kalau kita lihat beban subsidi terus saja meningkat dari masa-masa ke semasa tapi kita nak tahu pada
04:43tahap mana subsidi bahan api dan makanan ini boleh dianggap tidak lagi mampan untuk Malaysia dan kita nak tahu juga
04:50apa tanda-tanda awal yang kerajaan perlu pantau supaya kita tidak terjerumus dalam krisis subsidi jangka panjang?
04:58setiap kenaikan $10 di dalam harga minyak dia akan menyebabkan defisit kita meningkat dengan terasa 1 hingga 2%.
05:10Jadi, ini harga minyak terang meningkat daripada $60 dalam belanjawan kepada $100. $40 meningkat 4 kali ganda.
05:24Jadi, kalau secara kasar kita boleh tengok mungkin sekurang-kurangnya defisit kita akan meningkat 3% atau 4%.
05:34contohnya tadi kita lihat subsidi petrol meningkat dari $700 juta sebulan kepada $4 bilion sebulan.
05:44Kita hanya belanjawankan $24 bilion untuk subsidi tahun 2026.
05:51Tapi, dia akan menjadi mungkin 5 kali ganda daripada itu.
05:57jika subsidi mendekati $20 atau $30 bilion setahun, defisit kita akan meningkat melebihi 0.2%.
06:10Dan ini akan menjejaskan ekonomi kita dengan banyak.
06:18Hari ini kita belanjawankan defisit akan dihadkan pada 3.5%.
06:25Pastinya, dia akan meningkat melewati, melepasi sasaran 3.5% ini.
06:33Dan kita perlu melihat bagaimana kita nak menjimatkan dalam masa berasal yang lain untuk mengurangkan defisit ini.
06:42Prof, kalau kita tengok situasi yang berlaku pada ketika ini di Asia Barat,
06:48ia dijangka akan berakhir mungkin dalam masa terdekat,
06:54tapi mungkin disebabkan ketandusan dana di Amerika Syarikat sendiri.
06:58Tapi, kalau kita ambil situasi konflik ini berpanjangan sepanjang 2026,
07:03apa pandangan Prof tentang langkah menambah hutang demi kestabilan ekonomi sesuatu yang wajar
07:09ataupun ia sekadar memberi risiko untuk menjejaskan keyakinan pelabur
07:13dan mendorong defisit melepasi paras yang selamat, Prof?
07:18Sekarang ini tahap hutang kita masih di bawah 65%, 64.6% begitu.
07:25dan kita mungkin terpaksa menambahkan sedikit pinjaman untuk menampung kekurangan.
07:33Tetapi, kita perlu dalam belanjawan 26 ini,
07:40kita menyelaraskan semula untuk memastikan kita mengambil kira perkembangan ekonomi.
07:47dan kita lihat perkembangan ekonomi ini akan terus merusut menjelang tahun 27 dan 28
07:55dan kita mungkin akan mengalami kegawatan di tahun 29.
08:00Jadi, belanjawan kita kehadapan perlulah sangat berprihatin
08:09dan memastikan kita tidak berbelanja lagi untuk sesuatu yang tidak kurang diperlukan di dalam jangka panjang.
08:21Kita perlu memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat dalam jangka pendek ini.
08:28Dan apabila ruang fiskal ini semakin sempit dan kita lihat tekanan inflasi juga makin tinggi,
08:35apa reformasi paling mendesak pada tahun 2026 yang Prof boleh cadangkan?
08:40Mungkin sama ada dari sudut cukai, subsidi bersasar ataupun penstrukturan semula perbelanjaan.
08:45Dan antara kesemua ini, langkah mana yang paling penting pada pandangan Prof
08:48untuk perkukuhkan ketahanan fiskal negara dalam jangka masa sederhana dan juga panjang?
08:54Kita tidak boleh segera-segera memperkenalkan cukai baru kerana itu akan menyebabkan ekonomi kita akan semakin tertekan.
09:05Jadi, kita perlu menyelaraskan kaedah pengutipan cukai supaya dia lebih cekap
09:13dan cukai dapat dikutip pada masa yang tepat, pada jumlah yang tepat.
09:19Di masa yang sama, kita boleh selaraskan semula cukai SST.
09:26SST sudah menjadi semakin produktif dan kita boleh memperbaikinya untuk menjadikan dia lebih cekap dan lebih berkesan.
09:36Dan kita boleh memikirkan balik subsidi bagaimana kita boleh mengurangkan subsidi dengan memberikan subsidi yang bersasar.
09:48Contohnya, dengan penurunan kuota daripada 300 kepada 200 ml sebulan, kita dapat menjimatkan lebih dari 1 bilion.
10:02dan sebulan ini, kita sangat perlu untuk mengimbangi pelanjawan kita.
10:10Dan kita perlu melihat bagaimana hasil petrolium meningkat,
10:16tapi kita perlu dalam jangka pertengahan dan panjang melihat bagaimana kita boleh keluar
10:24daripada pergantungan kepada sektor tenaga dan petrolium ini untuk terus sejahtera di dalam belanjawan kita.
10:34Prof, yang terakhir, kalau sempat saya nak tanyakan berbalik kepada belanjawan kita tadi,
10:38apa perlukan kontingensi yang perlu diaktifikan segera oleh kerajaan jika konflik Asia Barat ini terus menguncak
10:44sehinggakan harga minyak melonjak kepada 120 hingga 140 dolar AS?
10:49Mungkin kalau kita lihat worst case scenario lah sektor ataupun komponen belanjawan mana yang paling terdedah kepada risiko untuk collapse?
10:57Okey, di aspek yang umum kita perlu memperluaskan sumber tenaga alternatif,
11:05kita tak mahu bergantung kepada Asia Barat di dalam tenaga dan kita perlu menjana ekonomi rendah karbon dan tenaga hijau.
11:15kita banyakkan lagi ladang solar, kita lihat tenaga hijau daripada hidrogen dan kita perlu mengembangkan sektor yang bernilai tinggi,
11:28semi-conductor, AI, digital technology dan perindustrian bernilai tinggi.
11:34Kita perlu modernkan sektor ekonomi untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak
11:42dan kita perlu diversifasikan hasil kerajaan dengan memperkasakan kutipan cukai dan juga mewujudkan cukai yang baru seperti cukai karbon
11:55dan cukai yang berkait dengan sustainable development ataupun pembangunan lestari.
12:02Baik, terima kasih.
Comments